Pemilihan tuan rumah Sesi IOC ke-131

Dua tuan rumah Sukan Olimpik telah dipilih pada Sesi IOC ke-131, iaitu tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2024 dan 2028.

Sukan Olimpik Musim Panas 2024

 

Calon tuan rumah yang tunggal untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2024, Paris, Perancis, telah dipilih semasa Sesi IOC ke-131. Kedua-dua ahli IOC Perancis, Guy Drut dan Tony Estanguet, tidak boleh mengundi mengikut peraturan yang dinyatakan dalam Piagam Olimpik .

Calon tuan rumah
Keputusan pembidaan Sukan Olimpik Musim Panas 2024
BandarNegaraUndi
Paris PerancisSebulat suara

Sukan Olimpik Musim Panas 2028

Calon tuan rumah yang tunggal untuk Olimpik Musim Panas 2028, Los Angeles, Amerika Syarikat, telah dipilih semasa Sesi IOC ke-131. Ketiga-tiga ahli IOC Amerika Syarikat, Anita DeFrantz, Angela Ruggiero dan Larry Probst tidak boleh mengundi mengikut peraturan yang dinyatakan dalam Piagam Olimpik .


Calon tuan rumah

Keputusan pembidaan Sukan Olimpik Musim Panas 2028
BandarNegaraUndi
Los Angeles Amerika SyarikatSebulat suara

Sesi IOC ke-134

Milan dipilih sebagai tuan rumah Sesi IOC ke-134 yang akan diadakan pada 2019. Sesi tersebut juga menyaksikan pemilihan Milan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026.


Calon tuan rumah

Keputusan pembidaan Sesi IOC ke-134
BandarNegaraUndi
Milan ItaliSebulat suara